Ramai yang percaya, nombor membawa tuah. Ada pula yang percaya nombor juga mampu membawa padah. Tidak kurang pula ada yang langsung tidak percaya. Namun begitu, nomor satu penting bagui usahanita Terengganu kerana ia memberikan indikasi bahawa Usahanita Terengganu kini sudah berusia satu tahun.
Kalau nak diukur pada tahap IQ kanak-kanak, kami ni dikira sebagai masih mentah dan perlu banyak lagi belajar. Kami merasa amat bertuah, kerana walau pun baru setahun namun kami mempunyai sahabat dan handai yang sentiasa bersedia untuk membantu dalam persatuan.Malah, Puan Presiden sendiri menumpukan sepenuh perhatian terhadap kami.
Beliau sentiasa ada bila kami memerlukan. Dalam usia setahun, kami akan terus melangkah. Kalau pun rebah, kami sama sekali tidak akan menyembah lagi kepada kegagalan. Cukup sudah selama ini kami hanya mampu mengumpul angan-angan sedangkan yang lain terlalu sibuk mengumpul kejayaan. Kami tak salahkan Siti dan kami percaya, selepas berlalunya malam, pasti akan muncul siang dan siang itu milik kita. Doakan kejayaan kami.
Friday, April 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment